Thursday, September 2, 2010

Cara Melukis Litar Skematik Untuk Projek Elektronik

Cara Mengukur Kuantiti Elektrik Dalam Litar

Disini terdapat video tutorial untuk mengira kuantiti elektrik seperti arus, voltan, dan rintangan. Terdapat penerangan dan juga cara -cara mengukur yang betul.



Cara Mengukur Nilai Voltan
Cara Mengukur Nilai Arus
Cara Mengukur Nilai Rintangan



* Bagi setiap multimeter terdapat pelbagai cara penggunaanya.Rujuk manual pengeluar terlebih dahulu.

Wednesday, September 1, 2010

Bahagian Utama Multimeter dan Fungsinya

BAHAGIAN UTAMA MULTIMETER



Multimeter

A = Paparan
B = Skru pelaras sifar
C = Tombol pemilih julat
D = Julat bacaan
E = Probe (Positif dan Negatif)
F = Pelaras sifar Ohm



FUNGSI

A. Paparan
     -  Berfungsi untuk memaparkan bacaan skala

B. Skru Pelaras Sifar
     -  Berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

C. Tombol pemilih julat
     -  Berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

D. Julat bacaan
     -  Berfungsi menunjukkan kadar sukatan sesuai yang akan diukur

E. Probe (Positif dan Negatif)
    -  Berfungsi untuk menguji bahan yang hendak diukur

F. Pelaras sifar Ohm
     -  Berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan dan setiap kali julat yang berbeza dipilih

Tuesday, August 31, 2010

Multimeter

  1. Sejenis alat pengukuran yang penting untuk mengukur kuantiti elektrik iaitu arus, voltan dan arus
  2. Ia juga digunakan untuk mengesan kerosakan dalam litar seperti kerosakan komponen, keterusan (continuity) arus dalam litar dan lain-lain lagi
  3. Terdapat 2 jenis multimeter iaitu jenis analog (paparan jarum penunjuk) dan jenis digital (paparan digit


Multimeter Jenis Analog





Multimeter Jenis Digital



    4.   Bagi multimeter jenis digital, ia terbahagi kepada 2 iaitu switched range multimeter dan autoranging
          multimeter
    5.   Perbezaan diantara kedua-dua multimeter ini ialah :

             -  Switched Range Multimeter =  Multimeter ini perlu dilaras tombol pemilihan julat untuk mendapatkan kuantiti dan julat yang sesuai untuk setiap pengukuran


             -  Autoranging Multimeter = Multimeter ini tidak perlu dilaraskan julat bagi kuantiti yang hendak diukur .Hanya perlu dilaraskan untuk mengukur kuantiti yang dikehendaki sahaja
  
    6.  Perbezaan dua multimeter ini boleh diperhatikan dalam rajah berikut :


Rajah 1 : Switched Range Multimeter



Rajah 2 : Autoranging Multimeter


     7.  Perbezaan ketara yang boleh dilihat ialah pada tombol pemilihan julat

Salam Perkenalan

Blog ini akan memaparkan informasi mengenai asas yang penting dalam menguasai pengetahuan mengenai elektronik...